Pergi ke kandungan

Pektisisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pektisisme ialah konsep teologi yang menggambarkan kepercayaan bahawa manusia secara fitrahnya berada dalam keadaan berdosa atau cacat moral. Dalam teologi Kristian, istilah ini merujuk kepada pandangan bahawa keadaan berdosa merupakan unsur penting dalam sifat manusia, serta bahawa penebusan ilahi diperlukan bagi mencapai perdamaian dengan Tuhan. [1] Konsep ini berkait rapat dengan, tetapi berbeza daripada, doktrin dosa asal, kerana ia merangkumi kedua-dua rasa bersalah yang diwarisi dan kecenderungan berterusan terhadap perbuatan berdosa. Dalam teologi perbandingan moden, istilah ini turut digunakan secara analitik untuk menghuraikan doktrin Kristian tentang keberdosaan manusia sejagat dan keperluan kepada keselamatan.[2]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah "pektisisme" berasal daripada perkataan Latin peccatum, yang bermaksud "dosa". [3] Kata akar “pecc-” muncul dalam beberapa perkataan Inggeris lain, seperti peccant, yang merujuk kepada sesuatu yang berdosa atau salah dari segi moral, dan impeccable, yang bermaksud tanpa kesalahan atau dosa. [4] Akhiran " -isme " menandakan sebuah doktrin atau sistem kepercayaan, lalu membentuk istilah “pektisisme” bagi menggambarkan kepercayaan tentang keberdosaan yang wujud dalam diri manusia.[5][6]

Latar belakang dan konteks sejarah

[sunting | sunting sumber]

Sejak daripada awal kemunculannya, dosa telah menjadi tema utama dalam agama Kristian. alam teologi perbandingan agama moden, istilah pektisisme turut digunakan oleh ahli falsafah Islam Isma'il al-Faruqi untuk menggambarkan konsep Kristian tentang dosa manusia sejagat.[7] Menurut al-Faruqi, pektisisme—bersama-sama dengan apa yang beliau sebut sebagai saviourisme—mewakili kepercayaan Kristian terhadap dosa warisan dan, akibatnya, keperluan kepada penebusan.[8] Konsep pekatisme, yang berkait dengan doktrin dosa asal, [9] diketengahkan dengan jelas oleh Augustine dari Hippo pada abad ke-4 dan ke-5. Tafsiran Augustine tentang dosa asal menyatakan bahawa semua manusia mewarisi sifat berdosa akibat kejatuhan Adam dan Hawa di Taman Eden. [10]

Pandangan Augustine telah memberi impak yang besar kepada Kristian Barat, membentuk kedua-dua doktrin Roman Katolik dan Protestan. [11] Semasa Reformasi abad ke-16, pembaharu seperti Martin Luther dan John Calvin mengembangkan lagi konsep dosa asal. Doktrin kebejatan total Calvin, elemen utama dalam Calvinisme, selaras dengan pektisisme kerana menekankan bahawa sifat manusia secara menyeluruh dipengaruhi oleh dosa dan bahawa manusia tidak mampu mencapai kebenaran dengan usahanya sendiri.[12]

  1. Idrisi, F. (2022). "Christian Ethics: A Review from the Perspective of Al-Faruqi". Journal of Fatwa Management and Research (dalam bahasa Inggeris). 27 (2): 1–9. doi:10.33102/jfatwa.vol27no2.433.
  2. Marshall, David (2006). "Heavenly Religion or Unbelief? Muslim Perspectives on Christianity". Anvil (dalam bahasa Inggeris). 23 (2): 95–97.
  3. Walker, Benjamin (1983). Gnosticism: Its History and Influence. The Aquarian Press. m/s. 102–104. ISBN 0850303559.
  4. "Peccant". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Douglas Harper. c. 1600. Dicapai pada 14 July 2024.
  5. "-ism". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Douglas Harper. Dicapai pada 11 October 2025.
  6. "-ism". The Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 2009. ISBN 9780199573158. Forming nouns denoting a system, principle, or ideological movement.
  7. al-Faruqi, Isma'il Raji (1967). Christian Ethics: A Historical and Systematic Analysis of Its Dominant Ideas. McGill University. m/s. 71–87, 114–128.
  8. Marshall, David (2006). "Heavenly Religion or Unbelief? Muslim Perspectives on Christianity". Anvil (dalam bahasa Inggeris). 23 (2): 95–97. Al-Faruqi argues that the corruption of the original message of Jesus into Christianism is seen most clearly in the introduction into the New Testament and then into traditional Christian doctrine of two false principles for which he coins the terms ‘peccatism’ and ‘saviourism’. By ‘peccatism’ he essentially means belief in original sin.
  9. Pelikan, Jaroslav (1971). The Emergence of the Catholic Tradition (100-600). The Christian Tradition: A History of the Development of Doctrine. 1. University of Chicago Press. m/s. 299–300.
  10. Augustine (426). The City of God (dalam bahasa Inggeris). Penguin Classics. m/s. 15. ISBN 9780140448948.
  11. Brown, Peter (2000). Augustine of Hippo: A Biography. University of California Press. m/s. 78. ISBN 9780520227576.
  12. Muller, Richard A. (2000). The Unaccommodated Calvin: Studies in the Foundation of a Theological Tradition (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 166. ISBN 9780195151688. Calvin is not, however, interested in elaborating an analysis of the freedom of the will or of its relative primacy over the intellect: instead, he inquires into the problem of human inability to will the good, the problem of the restriction of free choice. Human beings are 'not deprived of will' (non voluntate privatus) but they are deprived of soundness of will (voluntatis sanitate). Like Augustine and Luther, Calvin does not deny the basic freedom of will: the faculty is free from external compulsion, although it operates under certain necessities belonging to its nature, whether under God or under sin. He therefore argues the restriction of choice to sinful choice.